Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarikat insurans digalak wujud pelan bagi penyakit mental


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





IPOH, 23 Mei (Bernama) -- Syarikat penyedia insurans di negara ini disaran mewujudkan pelan liputan insurans untuk pesakit mental kerana bilangan individu yang mengalami masalah tersebut semakin ramai terutama dalam kalangan remaja.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ??????syarikat di beberapa negara telah menyediakan liputan insurans bagi lima penyakit mental iaitu masalah depresi; gangguan bipolar, skizofrenia; gangguan obsesif-kompulsif (OCD) dan sindrom tourette. 

"Mengikut data daripada Tinjauan Mobiliti Kesihatan Kebangsaan pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas mengalami pelbagai penyakit mental.

"Bagi tahun 2017 pula, seramai 17.7 peratus perempuan dan 18.9 peratus lelaki yang berumur dari 13 hingga 17 tahun mengalami depresi manakala 42.3 peratus perempuan dan 37.1 peratus lelaki mengalami keresahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pameran Kebudayaan di Sekolah Menengah Poi Lam (SUWA) di sini hari ini.

Dr Lee mengulas gesaan aktivis sosial dan penaung Persatuan Psikiatri Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye supaya Kementerian Kesihatan memberi fokus kepada lebih ramai pengamal perubatan selain mencadangkan agar liputan insurans disediakan bagi rawatan dan penjagaan kesihatan mental.

Menjelas lanjut, Dr Lee berkata masalah mental tidak boleh lagi diabaikan serta perlu ditangani oleh semua pihak dan bukan hanya Kementerian Kesihatan sahaja.

Beliau berkata kos rawatan bagi pesakit mental agak tinggi dan boleh mencecah hingga ratusan ringgit bagi setiap kali sesi konsultasi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel