Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki tanpa identiti di temui terapung di Sungai Perai


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





BUTTERWORTH, 23 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa identiti dengan kesan luka di beberapa bahagian badan, ditemui terapung dalam Sungai Perai, bersebelahan Ampang Jajar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mayat tanpa pakaian itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 11.10 pagi, sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

"Pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu. Terdapat kesan luka di bahagian dada, lengan sebelah kiri dan bahagian punggung lelaki tersebut," katanya di sini.

Katanya lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun itu disyaki telah meninggal dunia lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis untuk membuat pengecaman.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel