Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JPN nafi terlibat isu daftar kad pengenalan di Sabah


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terlibat dalam isu urusan permohonan daftar kad pengenalan di Sabah yang tular di media sosial baru-baru ini.

JPN dalam kenyataan hari ini berkata beberapa keping gambar borang berkaitan urusan pendaftaran kad pengenalan yang disebarkan adalah bukan dokumen rasmi yang dikeluarkan dan digunakan JPN bagi tujuan pendaftaran.

Sehubungan itu, katanya satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu dan JPN juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan lain bagi menjalankan siasatan lanjut.

"JPN meminta orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan gangguan ketenteraman awam," kata kenyataan tersebut.

JPN turut menegaskan tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang perseorangan untuk mewakili JPN dalam apa-apa urusan.

"Semua dokumen rasmi jabatan ini hanya dikeluarkan di Pejabat JPN dan tidak diedarkan kepada orang ramai dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan JPN, orang ramai dinasihatkan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman sesawang rasmnya di www.jpn.gov.my atau menghubungi unit komunikasi korporat di talian 03-8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke pro@jpn.gov.my.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel