Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan tangguh tunai zakat fitrah, bayar melalui amil yang sah


Tarikh kemaskini: 23/05/2019




ALOR SETAR, 23 Mei (Bernama) -- Umat Islam di Kedah dinasihatkan supaya tidak menangguhkan kewajipan menunaikan zakat fitrah dan memastikan bayaran dibuat melalui amil sah yang mempunyai kad kuasa bagi mengelakkan penipuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, bayaran awal juga dapat mengelakkan orang ramai terlupa menunaikan kewajipan itu, kerana sibuk dengan persiapan hari raya.

“Jangan tangguh dan malam raya baru nak bayar, kerana waktu itu sibuk nak beli baju, kuih raya dan orang ramai sesak hingga ada yang lupa nak bayar fitrah sampailah terbit fajar satu Syawal,” katanya selepas majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan LZNK di Maktab Mahmud di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi negeri ini, orang ramai boleh membuat bayaran zakat fitrah dengan tiga jenis kadar iaitu RM7, RM14 dan RM21 menerusi 621 kaunter serta pusat kutipan di seluruh negeri.

Sementara itu Syeikh Zakaria berkata sebanyak RM6.13 juta Bantuan Pendidikan LZNK diperuntukkan untuk diagihkan kepada sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan para pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel