Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perangsang Selangor tumpu empat sektor niaga jayakan BTP


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





SHAH ALAM, 23 Mei (Bernama) -- Syarikat pegangan pelaburan, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor), akan menumpukan empat sektor perniagaan bagi menjayakan Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) syarikat itu. Pengerusinya, Raja Shahreen Raja Othman berkata sektor tersebut adalah perkilangan, perdagangan, pelesenan serta infrastuktur yang dilihat mampu meningkatkan potensi syarikat pada masa akan datang.

“Langkah ini juga dibuat berikutan kita tidak lagi terbabit dalam industri air selepas menjual semua kepentingan dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH Holdings) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), baru-baru ini.

"Menerusi pengambilalihan yang dilakukan sejak pelaksanaan BTP pada 2016, kami berusaha memperluaskan lagi jangkauan di peringkat global selain memastikan aspek georgrafi, sektor dan produk dapat dipelbagaikan. "Gabungan usaha itu akan memperkukuh lagi kedudukan Perangsang Selangor dalam pasaran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di sini, hari ini.

Pada 24 April lepas, syarikat bersekutu milik 30 peratus Perangsang Selangor, SPLASH Holdings telah menerima tawaran pengambilalihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) daripada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) melalui perolehan 50,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham dan 350,000,000 Saham Pinjaman Tanpa Cagaran Boleh Tebus di dalam SPLASH untuk balasan tunai sebanyak RM2.55 bilion pada 9 Ogos 2018.

Mengulas lanjut, Raja Shahreen berkata pihaknya yakin langkah itu dapat menjana pulangan lebih tinggi bukan sahaja kepada Perangsang Selangor, tetapi juga untuk para pemegang saham syarikat tersebut. Selain itu, beliau berkata Perangsang Selangor akan turut memuktamadkan pengambilalihan Toyoplas Manufacturing (Malaysia) menerusi undian pemegang sahamnya pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada akhir Julai depan.

“Kita sudah memeterai perjanjian perkongsian jualan bersyarat dengan Toyoplas Consolidated Ltd bagi tujuan pengambilalihan itu sebelum ini,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel