Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gantung KP YaPEIM : tiada kaitan dengan rakaman ucapan PRU14 - pengerusi


Tarikh kemaskini: 23/05/2019




KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Penggantungan sementara perkhidmatan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk Abibulah Samsudin adalah bagi membolehkan yayasan itu melaksanakan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku beliau.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Dr Mohd Daud Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, ia dilakukan selaras dengan dapatan laporan audit oleh firma Pricewaterhouse Coopers (PwC) baru-baru ini.

Justeru, katanya penggantungan sementara Abibullah berkuat kuasa 21 Mei tiada kaitan dengan isu rakaman ucapan ketua pengarah berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, seperti yang ditular di media sosial dan dilaporkan sesetengah media.

"Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM sudahpun mengambil maklum tentang rakaman video ucapan tersebut, namun tidak menjadikan rakaman itu sebagai satu-satunya asas pertimbangan untuk menggantung sementara perkhidmatan Abibulah.

“Penggantungan perkhidmatan adalah suatu proses standard, di dalam mana-mana organisasi jika terdapat kemungkinan dakwaan salah laku yang mana kakitangan boleh disiasat berdasarkan kepada peraturan dalaman organisasi tersebut,” katanya.

Sehubungan tu, lembaga itu memohon kerjasama dan jasa baik pihak media dan media sosial untuk menghentikan spekulasi, bagi membolehkan ia menjalankan tugas yang sewajarnya, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel