Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kastam patahkan lima cubaan seludup mercun, minuman keras, beras pulut


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA PERLIS, 23 Mei (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup minuman keras, mercun dan beras pulut bernilai lebih RM300,000 dalam lima serbuan berasingan, di Pulau Langkawi, Kedah, serta satu di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Pengarahnya, Wan Nor Wan Mamat berkata serbuan pertama dilakukan Unit Marin Kastam Kuala Perlis  di sebuah premis di Permatang Pauh, kira-kira 2.15 pagi pada 2 Mei lepas, menemukan pelbagai jenis minuman keras disyaki belum mendapat kelulusan kastam.

“Hasil rampasan dilakukan dianggarkan berjumlah 4,606.7 liter dengan nilai RM258,212 serta cukai sebanyak RM330,975.99,” katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan Marin, JKDM di sini, hari ini.

Wan Nor berkata serbuan kedua kira-kira 11 malam, 6 Mei lepas dilakukan di perairan Pulau Langkawi berhampiran Selat Panchor mengesan sebuah sampan dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata unit marin berkenaan bertindak mengejar sampan tersebut namun suspek berjaya melarikan diri ke darat dan meninggalkan sampan itu.

“Hasil pemeriksaan dilakukan ke atas sampan terbabit menemukan 288.5 kilogram mercun dan bunga api pelbagai jenis. Kesemua mercun dan bunga api dirampas itu bernilai RM21,469 dengan cukai RM26.543.80,” katanya. 

Serbuan ketiga dilakukan pada 15 Mei lepas kira-kira 3.30 petang di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi, menemukan 350 kilogram mercun dan bunga api yang ditinggalkan tanpa pemilik.

Beliau berkata mercun dan bunga api dirampas itu bernilai RM14,365 dengan cukai RM9,377.25.

Bagi serbuan keempat, unit berkenaan berjaya merampas 140 kilogram mercun dan bunga api di muara Tanjung Rhu, Pulau Langkawi, pada 15 Mei lepas, dan ditinggalkan tanpa pemilik di sebuah rakit terapung.

Nilai rampasan berjumlah RM7,873 dengan cukai RM5,117.45 dan tiada individu yang tampil menuntut barangan tersebut dan hasil siasatan, pihak kita mendapati mereka menggunakan modus operasi yang sama seperti kes keempat, kata Wan Nor.

Bagi kes kelima, unit marin itu berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan beras pulut tanpa permit untuk dibawa masuk ke Pulau Langkawi dari Thailand menggunakan bot nelayan milik rakyat tempatan yang dikemudi seorang lelaki dan empat awak-awak warga Thailand bertujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Katanya Kastam berjaya merampas 2,940 kilogram beras pulut bernilai RM16,170 dengan cukai sebanyak RM2,506.35.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel