Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

GCH Retail lancar semula pasar raya Giant Batu Caves berwajah baharu


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Giant Malaysia hari ini memperkenalkan pasar rayanya yang  berwajah baharu di Batu Caves selepas pengubahsuaian yang menyediakan susun atur sistematik dan menarik bagi memudahkan pergerakan pembeli di pasar raya itu.

Pengarah Urusan GCH Retail Malaysia Pierre-Olivier Deplanck berkata syarikat itu menyasarkan untuk mengubah suai 27 pasar raya Giant di seluruh negara sehingga hujung tahun ini, manakala yang selebihnya akan dinaik taraf selepas sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

Giant Malaysia mengendalikan sebanyak 87 pasar raya di  seluruh negara.

“Keputusan untuk mengubah suai pasar raya Giant adalah bukti komitmen Giant dalam menyediakan bukan sahaja produk berkualiti tetapi juga dari segi menambah baik keselesaan pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran semula Pasar Raya Giant Batu Caves, di sini, hari ini.

Mengenai perkembangan lain, Deplanck berkata Giant sedang berusaha menyediakan perkhidmatan membeli belah dalam talian bagi pelanggannya.

"Kami belum mempunyai platform e-dagang kami sendiri, namun kami sedang menimbang dengan serius perkara itu kerana membeli belah dalam talian adalah salah satu platform pilihan bagi masyarakat hari ini.

 "Ketika ini, kami bekerjasama dengan Happy Fresh bagi menyediakan kemudahan membeli belah dalam talian bagi pelanggan kami,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel