Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

3,500 anggota APM di 52 lokasi sepanjang Ops Bantu


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





BATU GAJAH, 23 Mei (Bernama) -- Sejumlah 3,500 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan dalam Ops Bantu di 52 lokasi di seluruh negara sempena musim perayaan Aidilfitri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Norhafifi Ismail berkata pihaknya akan menempatkan lebih ramai anggota di sekitar jalan raya di negeri-negeri Pantai Timur berikutan keadaan jalan raya yang begitu sesak dengan penambahan kenderaan sepanjang musim perayaan.

Katanya operasi itu yang dilaksanakan sempena musim perayaan khusus bagi membantu pengguna jalan raya sekiranya mereka berhadapan dengan situasi kecemasan ketika berada di jalan raya.

"Ops Bantu ini bertujuan membantu pengguna jalan raya sama ada di jalan persekutuan atau jalan negeri yang mengalami kecemasan dan kesulitan sepanjang perjalanan balik ke kampung dan pulang semula ke bandar sempena musim perayaan ini. 

Sebagai contoh, sekiranya pengguna jalan raya itu mengalami kerosakan kereta seperti tayar pancit, masalah bateri atau kehabisan minyak, kita akan menghulurkan bantuan dengan keperluan logistik dan peralatan yang mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan makanan dan bubur lambuk kepada kira-kira 25 penghuni Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang Tua-Tua Islam Titian Abadi (PEKITA) di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Norhafifi berkata sepanjang tempoh operasi tersebut, pelbagai jenis kenderaan dan logistik APM akan digerakkan antaranya pacuan empat roda, ambulans dan lori ditempatkan di kesemua kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel