Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

NGO, OKU terima sumbangan hampir RM50,000


Tarikh kemaskini: 23/05/2019




SERI KEMBANGAN, 23 Mei (Bernama) -- Sebanyak 15 organisasi dan seorang orang kelainan upaya (OKU) hari ini menerima bantuan khas daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Parlimen Puchong, hari ini.  

Bantuan berbentuk cek bernilai hampir RM50,000 tersebut disampaikan Penyelaras Parlimen Puchong R. Suresh Singh yang mewakili anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.

Suresh berkata sumbangan tersebut bertujuan membantu organisasi menjalankan program yang memberi manfaat kepada rakyat dan meringankan beban golongan yang memerlukan.  

"Sumbangan ini diagihkan menerusi peruntukan kementerian dan parlimen untuk penerima yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan rumah kebajikan dan anak yatim serta sekolah.  

Bagi NGO,  kita beri mereka bantuan untuk menjalankan projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Cek, di sini hari ini.  

Penerima OKU, Noor Shafry Abdul Malik, 48 dari Kampung Sri Aman, Puchong berkata beliau menerima bantuan bagi menjalankan projek pengagihan bubur lambuk di kawasan parlimen tersebut. 

"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Gobind Singh atas bantuan ini. Bubur lambuk ini akan diagihkan ke surau dan masjid setempat," katanya yang menggunakan kaki palsu selepas kaki kirinya terpaksa dipotong tahun lepas akibat mengidap diabetes.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel