Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





SEREMBAN, 23 Mei (Bernama) -– Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengesahkan 12 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang terlibat dalam kemalangan membabitkan Mybas dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail di Jalan Pantai-Bukit Tangga, Jelebu, petang ini. 

Bahagian Komunikasi Korporat MARA dalam kenyataan hari ini berkata, enam daripada pelajar MRSM yang cedera telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Jelebu, manakala lima lagi yang cedera ringan telah diberikan rawatan di Klinik Kesihatan Jelebu.

“Selain itu, seorang pelajar tingkatan 4 turut dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban,” katanya. 

Justeru, pihak MARA mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota penyelamat dan kakitangan kesihatan yang terlibat dalam memberikan rawatan segera kepada pelajar MRSM yang terbabit.

“Profesionalisme yang ditunjukkan oleh kakitangan kesihatan serta anggota penyelamat dalam membantu mangsa kemalangan amat dihargai oleh MARA serta ibu bapa para pelajar.

“Dalam masa yang sama, MARA turut menggerakkan usaha susulan untuk memastikan rawatan dan tahap kesihatan pelajar yang terlibat dalam kemalangan ini dipantau sebaik mungkin,” katanya.

Seorang pelajar maut manakala 20 lagi dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti Mybas dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail di Jalan Pantai-Bukit Tangga, Jelebu, kira-kira pukul 4.00 petang ini. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel