Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bank Muamalat rai pelajar tahfiz, gelandangan berbuka puasa


Tarikh kemaskini: 23/05/2019





KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Seramai 150 pelajar tahfiz dan golongan kurang bernasib baik serta gelandangan, diraikan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Sultan Abd Samad, di sini malam ini.

Pelajar berkenaan terdiri daripada penghuni Maahad Tahfiz Al-Bayan, Shah Alam, dan Maahad Tahfiz Jailani, Kampung Baru serta gelandangan sekitar masjid itu.

Setiap pelajar turut menerima sumbangan beg sekolah dan duit raya, manakala bekalan kuih raya serta duit raya diberikan kepada golongan sasar.

Sumbangan berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Redza Shah Abdul Wahid bersama timbalannya, Khairul Kamaruddin dan anggota jawatankuasa masjid, Syed Abdullah Syed Nordin.

Bank itu turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM3,000 kepada pihak masjid berkenaan.

Redza Shah berkata penganjuran majlis yang memasuki tahun kelapan sejak 2011 itu, adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berterusan bank tersebut.

"Program ini adalah komitmen berterusan Bank Muamalat untuk membantu golongan sasar khususnya gelandangan dan program sebegini bukan sahaja tertumpu ketika bulan Ramadan, tetapi juga pada waktu lain sepanjang tahun," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel