Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Financial Park teruskan tradisi tahunan raikan anak-anak yatim


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





LABUAN, 23 Mei (Bernama) -- Financial Park (Labuan) Sdn Bhd meneruskan tradisi menyambut Ramadan dengan berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darul Kifayah.

Empat puluh anak yatim berusia dari 11 hingga 17 tahun diraikan sebagai tetamu istimewa pada majlis yang berlangsung di sini hari ini.

Pengarah Urusan Financial Park Johari Mesar dan anggota lembaga pengarah Khairuddin Abdul Rahman juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada mereka.  

“Dalam bulan Ramadan yang mulia kita digalakkan membuat amalan memberi, berkongsi, berkorban dan murah hati kepada yang kurang bernasib baik, pada tahun ini kami merasa gembira meraikan rakan-rakan muda daripada Rumah Anak Yatim Darul Kifayah berbuka puasa bersama kami,” katanya.

Ramadan juga adalah masa umat Islam untuk meningkatkan amal ibadat masing-masing dan muhasabah diri.  Berpuasa mengingatkan diri kepentingan nilai hidup seperti pengorbanan, hidup bersederhana dan paling penting sekali amal jariah dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan,” katanya.

Johari juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan perniagaan, rakan kongsi dan media di atas sokongan mereka.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel