Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua ratus pesara veteran komando VAT69, balu terima sumbangan


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





IPOH, 24 Mei (Bernama) -- Kira-kira 50 pesara polis uzur dari Persatuan Veteran VAT69 Komando di seluruh Semenanjung Malaysia menerima sumbangan makanan dan wang tunai daripada syarikat korporat dan anggota komando VAT69.

Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT69 Komando Datuk Abd Rashid Harun berkata program julung kali diadakan itu melibatkan 150 balu anggota persatuan berkenaan yang tidak bekerja.

"Selepas ini kita akan ke Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan mungkin kita akan pergi ke Kelantan.

"Sumbangan ini sebagai tanda ingatan kita kepada mereka walaupun ia tidak seberapa tetapi jumlah bukan ukurannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu di Rumah Pejabat Persatuan Veteran VAT69 di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini terdapat 580 anggota persatuan veteran di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel