Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA Sarawak rampas tong gas bernilai lebih RM200,000


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KUCHING, 24 Mei (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 Sarawak mematahkan cubaan menyeludup keluar tong gas berisi LPG yang bernilai lebih RM200,000 dalam operasi ‘Op Batas’ di Tebedu, semalam.

Pegawai Pemerintah Supt Rosdi Inai berkata bertindak atas maklumat dan risikan, pada 7.30 malam, sebuah lori yang membawa muatan tong gas LPG ditemui di kawasan tempat letak kereta.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 232 tong gas LPG ditemui, dua lelaki tempatan yang merupakan pemandu lori dan kelindan juga gagal menunjukkan lesen borong yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Batalion 11 Pasukan PGA, Jalan Batu Kawa di sini, hari ini.

Rosdi berkata, tong gas yang disembunyikan bersama barangan lain itu dipercayai cuba diseludup masuk ke negara jiran melalui jalan darat sebelum dipasarkan di sekitar Kalimantan, Indonesia.

“Kedua-dua lelaki yang berusia 28 dan 48 tahun itu kemudian ditahan dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Kenderaan dan gas LPG juga turut diserahkan kepada pihak KPDNHEP untuk siasatan lanjut,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat dinasihatkan untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel