Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Buka peluang dua bulan, hantar kertas kerja pelancongan Kunak


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KUNAK, 23 Mei (Bernama) -- Peluang masih terbuka kepada pelabur yang berminat bekerjasama dan berkeupayaan membangunkan sektor pelancongan di dalam kawasan pengurusan Sime Darby Plantation (Sabah) Sdn Bhd di sini.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Norazlinah Arif berkata tempoh dua bulan dilanjutkan lagi ketika ini, supaya pelabur yang berminat dapat menyediakan kertas kerja yang menarik dan menang-menang kepada pihak Sime Darby.

"Setakat ini kita ada menerima dua kertas kerja, namun ia tidak cukup memuaskan hati pihak kita dan Sime Darby sendiri," katanya ketika ditemui Bernama pada program iftar bersama masyarakat Kunak anjuran kementeriannya di sini.

Pada Febuari lepas, Norazlinah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak, menyarankan pelabur berminat membangunkan pelancongan di Sime Darby supaya menghantar kertas kerja kepada pihak pengurusan Sime Darby untuk diteliti. 

Katanya, pelabur berkenaan antara lain perlu memenuhi kriteria dalam memastikan keselamatan dan penyelenggaraan terjamin.

"Dalam kita berusaha memajukan pelancongan Kunak, Sime Darby juga mahu private property mereka terjaga daripada pelancong yang datang," katanya.

Sementara itu, katanya, perkara itu turut dirujuk kepada Sabah Tourism bagi bantuan mendapatkan pelabur yang berkeupayaan dalam membangunkan industri pelancongan di Kunak.

Antara destinasi menarik di dalam kawasan Sime Darby di sini adalah Kolam Lumpur, Terowong Tentera Jepun, Air Panas (Tun Fuad) termasuk Muzium Kelapa Sawit Tertua di Borneo.

Sementara itu, pada program iftar berkenaan Norazlinah turut menyerahkan sumbangan raya dan zakat daripada Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Kunak kepada 80 orang terpilih yang memerlukan.

Norazlinah berkata anjuran itu antara usaha pihaknya mendekati dan menyantuni rakyat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel