Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan mekanik pukul isteri, anak di Lahad Datu


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





LAHAD DATU, 24 Mei (BERNAMA) -- Seorang mekanik yang dipercayai memukul isteri dan anak perempuannya di Perumahan Bengkel Sabah, Kampung Cenderawasih, dekat sini pada Rabu, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata suspek lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di hadapan bengkel Sahabat, Cenderawasih pada 1.45 tengah hari, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan isterinya berusia 46 tahun sebelum itu pada 9.50 pagi.

"Kejadian berlaku pada Rabu, pukul 10 selepas mangsa menghubungi seorang wanita dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan suspek, berdasarkan hubungan digambarkan di dalam Facebook.

"Suspek kemudian memarahi tindakan mangsa dan terjadi pertengkaran dengan memukul kepala dan belakang badan mangsa bertubi-tubi, selain menutup muka mangsa hingga menyebabkannya sukar bernafas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nasri berkata suspek turut memukul anak perempuanya berusia 19 tahun yang cuba menghalang tindakan suspek ke atas mangsa.

Menurut Nasri, pasangan itu telah berkahwin pada tahun 1996 dan dikurniakan empat orang anak.

"Mangsa yang tidak bekerja sering dipukul suspek, namun tidak permah melaporkan perkara itu sebelum ini dan dikatakan mangsa akan merujuk kes ke mahkamah Syariah untuk tuntutan cerai," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel