Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

YDKMM agih 3,000 pek Iftar di 10 tempat terpilih di Sabah


Tarikh kemaskini: 24/05/2019





KOTA KINABALU, 24 Mei (Bernama) -- Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) telah mengagihkan kira-kira 3,000 pek makanan iftar di kawasan terpilih di Sabah.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Ir Rosalam Sarbathly berkata pek iftar diagihkan ke 10 tempat termasuk Tahfiz Hidayatul Hidayah Kundasang, Baitul Quro', Telipok dan Educare Centre, Kampung Numbak.

"Ini merupakan tahun keempat program "Special Iftar for Ummah" dilaksanakan oleh YDKMM di seluruh negara termasuk di Sabah," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini, malam ini. Beliau dijemput untuk merasmikan program berkenaan.

Turut hadir Pengerusi YDKMM Sabah Sittilin Salleh.

Rosalam berkata program itu menjadi platform kepada sukarelawan di bawah YDKMM untuk beramal disamping berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang memerlukan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel