Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki tanpa tangan kiri dibaham buaya ditemukan di Sandakan


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





SANDAKAN, 25 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa tangan kiri dipercayai dibaham buaya ditemukan terapung di sebuah anak sungai di Jalan Beriawa di sini pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mayat mangsa, yang dikenali sebagai Saini Mahmi, 39, ditemukan kira-kira 9.00 pagi ini oleh orang awam selepas hilang sejak 23 Mei (Khamis) lepas kira-kira 6.30 petang.

Bagaimanapun, kehilangannya hanya dilaporkan kepada JBPM pada pukul 9.10 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika memindahkan barang dari bot untuk ke rumahnya yang berdekatan.

Mayat mangsa, yang mana sebahagian dadanya juga mempunyai kesan dibaham buaya, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat bot mangsa.

Kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel