Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelab Rotary lancar buku "Beautiful People of Sabah"


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





KOTA KINABALU, 25 Mei (Bernama) -- Kelab Rotary di sini hari ini melancarkan buku bertajuk “Beautiful People of Sabah” khusus dalam usaha membina kesedaran mengenai pentingnya menjadikan Sabah lebih bersih dan ‘hijau’.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata buku itu merupakan sebahagian daripada program kemasyarakatan Kelab Rotary dalam membantu kerajaan negeri memelihara alam sekitar di Sabah supaya sentiasa bersih.

Katanya tiga buku seumpama itu yang pernah diterbitkan oleh Kelab Rotary sebelum ini ialah "The Beautiful River of Sabah" pada tahun 2005, diikuti buku kedua "The Beautiful Beaches of Sabah” pada tahun 2007, dan "The Beautiful Mountain of Sabah” pada tahun 2010.

“Sehubungan itu saya juga ingin menggalakkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memupuk kebersihan, bukan sahaja di Kota Kinabalu, tapi di seluruh Sabah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran buku itu di  Perpustakaan negeri Sabah di sini.

Beliau yang juga juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata selain itu Kelab Rotary ini juga pernah menganjurkan program-program taklimat mengenai kebersihan sungai, pantai dan laut kepada lebih 15,000 pelajar di Sabah.

Buku "Beautiful People of Sabah" setebal 108 muka surat berharga RM50 yang mengandungi gambar-gambar pelbagai etnik di Sabah mula dijual hari ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan

 
     

UTM arah semua aktiviti perjalanan ke China ditangguhkan serta-merta

 
     

'Info on Wheels' platform sampaikan maklumat terkini isu semasa

 
     

Polis analisis rakaman CCTV insiden Syed Saddiq - Papagomo - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel