Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua puluh lima anak yatim Labuan dibawa membeli-belah untuk raya


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





LABUAN, 25 Mei (Bernama) -- Bagi mana-mana anak yatim, melihat sisi anak lain bergembira berhari raya dengan orang tercinta ada kalanya boleh membawa rasa sedih.

Dengan kehilangan ibu atau bapa, mereka mungkin tidak mendapat peluang berkongsi kasih dan sayang dengan ibu bapa.

Menyedari akan kesedihan mereka, Presiden Persatuan Pengimport dan Pedagang Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Labuan, Mazlan Datuk Mohd Din membuat keputusan untuk menganjurkan satu program untuk kanak-kanak berkenaan melalui pengalaman menyeluruh Hari Raya Aidilfitri.

Program yang dinamakan ‘Jom Shopping Raya Bersama Anak Yatim Labuan’, Mazlan meluangkan masa bersama-sama anak yatim dari kira-kira 10 kampung pergi membeli-belah di pasar raya Utama Jaya hari ini.

Kanak-kanak itu diberi RM200 setiap orang untuk berbelanja baju dan kasut bagi merasai pengalaman membeli-belah untuk hari lebaran.

"Ini tahun ketiga kami menganjurkan membeli-belah untuk anak yatim terpilih dari 20 kampung,” kata Mazlan kepada Bernama.

“Kami telah lalui ini semua semasa zaman kanak-kanak kami… kanak-kanak akan selalu teruja apabila membeli-belah untuk Hari Raya.

“Sesetengah anak yatim ini tidak pernah melalui pengalaman itu dan sebab itulah kami membawa mereka ke sini untuk merasai dan melalui pengalaman itu.

“Mereka mungkin tidak dapat merasai kasih sayang daripada seorang bapa atau ibu semasa Hari Raya, jadi kami ingin pikul tanggungjawab itu untuk membuatkan mereka gembira,” katanya.

“Rasa sungguh gembira bila melihat senyuman terukir di wajah mereka… sekurang-kurang ini yang dapat kami lakukan untuk pengalaman gembira berhari raya,” kata Ketua Wanita PKR Labuan, Dayang Rusimah Rainey Datuk Mohd Din yang turut dalam program itu.  

Mazlan dan Rayney menemani kanak-kanak berkenaan dan memberi pandangan jenis pakaian dan kasut yang sesuai dibeli untuk Hari Raya.

Dengan menyorong bakul dengan penuh kesungguhan, ramai daripada mereka dilihat mendapatkan baju tradisional seperti baju Melayu, baju kurung dan jubah. Ada juga yang mendapatkan pakaian kontemporari seperti kemeja, t-shirt dan kasut kasual.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel