Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

BN batal rizab tanah di Taman Tasik Taiping


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





TAIPING, 25 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini didakwa telah membatalkan rizab tanah seluas 8.04 hektar di Taman Tasik Taiping di sini untuk dibangunkan bagi tujuan komersial.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika mendedahkan perkara itu berkata pembatalan rizab tanah terlibat yang dianggar bernilai RM50 juta sebagai taman reakreasi dibuat Kerajaan Negeri pada 1 Mac 2017.

"Pembatalan ini untuk pembangunan komersial akan memberikan impak kepada Taman Tasik Taiping yang merupakan tapak warisan negara.

"Sekiranya kita tidak dedahkan dan (tanah) dijadikan pembangunan komersial kita bimbang Taman Tasik Taiping yang tersohor seluas 200 ekar (80 hektar) akan tinggal tasik sahaja diambil oleh pihak yang rakus," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Nga, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Aulong, berkata jika pembangunan komersial di kawasan itu diteruskan ia dibimbangi akan menjejaskan status Taiping sebagai antara destinasi terbaik di dunia.

"Kita bimbang pengiktirafan Taiping sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019 di Berlin, Jerman Mac lepas akan ditarik balik.

Menurut Nga, tapak tanah rizab itu terletak bersebelahan dengan Penjara Taiping.

Beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya tanah itu dirizabkan semula dan diwartakan sebagai Taman Tasik Taiping.

Taman Tasik Taiping yang menjadi ikon kebanggaan warisan negara sudah berusia 139 tahun setelah taman itu diwujudkan pada 1880.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel