Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM P.Pinang tahan bot langgar syarat lesen


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





GEORGE TOWN, 25 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di kedudukan kira-kira 8.4 batu nautika dari barat Muka Head, dekat sini awal pagi ini.

Pengarah APMM negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot peronda APMM yang membuat rondaan di kawasan itu telah menahan bot nelayan berkenaan pada pukul 2.30 pagi dan pemeriksaan mendapati bot itu telah menceroboh kawasan penangkapan ikan di zon B.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong lelaki warga Thailand berusia 37 tahun bersama dua awak-awak juga dari negara sama berumur  44 dan 59 tahun berada di atas bot itu. Semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Pihaknya turut menyita bot bersama dua gulung pukat tunda dan pelbagai jenis ikan anggaran 100 kg untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes itu disiasat menurut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai terdekat.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel