Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

25 Ketua Penaja Bahagian Armada Bersatu Sabah terima watikah pelantikan


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





KOTA KINABALU, 25 Mei (Bernama) -- Dua puluh lima Ketua Penaja Bahagian Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menerima  watikah pelantikan masing-masing hari ini.

Watikah pelantikan berkenaan disampaikan oleh Ketua  Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu majlis di sini yang turut dihadiri Ketua Penyelaras Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Syed Saddiq berkata ia adalah salah satu lagi lakaran sejarah bagi Armada Bersatu yang secara rasminya telah melebarkan sayap ke Sabah.

"Saya melihat pergerakan Armada Bersatu di Sabah sangat cepat dan saya berharap momentum itu diteruskan untuk mendekati lebih ramai anak muda di Sabah.

"Saya mahu tekankan bahawa asas kekuatan parti adalah anak muda dan saya berharap mereka yang baharu menerima watikah pelantikan memahami apa itu asas perjuangan Armada Bersatu... dalam Bersatu tiada tembok yang memisahkan kita," katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata dalam masa terdekat beliau akan mengadakan perbincangan bersama pimpinan Armada Bersatu Sabah untuk mengupas pelbagai isu berkaitan anak muda di Sabah.

"Kita akan membincangkan isu mustahak berkaitan anak muda...kita perlu meraih sokongan golongan muda oleh itu kita kena bincang apa perkara yang perlu dilakukan untuk mendekati mereka," katanya yang menyasarkan seramai 100,000 keanggotaan golongan muda Sabah dalam Armada Bersatu menjelang tahun hadapan.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel