Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bulan Ramadan masa terbaik untuk menyumbang balik kepada masyarakat - Chong


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





KUCHING, 25 Mei (Bernama) -- Bulan Ramadan merupakan masa yang sesuai bagi syarikat-syarikat dan pelbagai agensi untuk menyumbang balik kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen  berkata, semua syarikat serta pelbagai agensi digalakkan untuk menunaikan tanggungjwab sosial korporat (CSR) sempena bulan yang mulia ini.

“Program yang dijalankan pihak Aeon hari ini iaitu mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung merupakan satu cara untuk mendekatkan diri dengan komuniti setempat,” katanya kepada pemberita semasa Program Pengagihan Bubur Lambuk Aeon di sini, hari ini.

Chong turut menasihatkan mereka yang hendak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri supaya berhati-hati ketika memandu.

Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Korporat Aeon, Thong Poh Wah berkata acara itu merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh pihak Aeon dalam melaksanakan CSR syarikat berkenaan.

Katanya, selain pasar raya Aeon Kuching, agihan bubur lambuk juga diadakan di kesemua 11 pasar raya Aeon di Malaysia secara serentak.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel