Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga lelaki maut selepas dua buah bot bertembung di perairan Pulau Gaya


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





KOTA KINABALU, 25 Mei (Bernama) -- Tiga lelaki maut dalam insiden pelanggaran antara dua buah bot di perairan Pulau Gaya kira-kira pukul 11.40 malam tadi.

Ketua Polis daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 15 dan 20 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik selepas dibawa ke Jeti Suria Sabah.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa ketiga-tiga mereka bersama tujuh penumpang lain yang berumur antara 12 dan 37 tahun sedang dalam perjalanan dari Kampung Pondo ke Jeti Safma, apabila bot yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah bot lain yang dalam perjalanan dari Jeti Pasar Ikan menuju ke Kampung Pondo.

Katanya disebabkan keadaan gelap, pengendali bot kedua itu hanya sedar mengenai kehadiran bot penumpang berkenaan semasa ia berada di jarak terlalu dekat, mengakibatkan pelanggaran tidak dapat dielakkan, dan ia mengakibatkan kedua-dua bot itu terbalik.

Habibi berkata penumpang bot yang terselamat kemudiannya dibawa oleh bot awam lain yang berada di lokasi kejadian, dan mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapat rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke HQE untuk dibedah siasat, dan polis menahan seorang suspek berumur 56 tahun bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel