Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bernas agih 1,500 bubur lambuk beras wangi


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





KOTA KINABALU,  25 Mei (Bernama) -- Padiberas Nasional Berhad (Bernas) cawangan Sabah hari ini mengagihkan sebanyak 1,500 bubur lambuk beras wangi, yang dimasak secara bergotong-royong.

Ketua Jabatan Operasi Malaysia Timur (Sabah) Jasnih Daya berkata program julung kali itu dijalankan dengan kerjasama pihak Sazarice Sdn Bhd, Adabi dan Kelab Bernas Malaysia cawangan Sabah.

"Bubur lambuk ini amat istimewa, kerana ia dimasak menggunakan beras wangi. Saya berharap program ini akan dapat diteruskan, kerana respon yang diterima daripada orang ramai amat positif," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan di sini.

Beliau berkata selain diedarkan kepada masjid yang berdekatan di ibu negeri, pengguna jalan raya yang melalui kawasan tapak program turut menerima bubur lambuk berkenaan.

"Program ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat selain mengimarahkan bulan Ramadan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Lori Kontena Terbabas: Trafik sesak di lebuh raya PLUS arah selatan dekat Sungkai

 
     

Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan

 
     

UTM arah semua aktiviti perjalanan ke China ditangguhkan serta-merta

 
     

'Info on Wheels' platform sampaikan maklumat terkini isu semasa

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel