vGWtexgeo4E Beberapa kawasan di Kuching akan dimohon sebagai Tapak Wari­san Dunia - Abang Jo
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beberapa kawasan di Kuching akan dimohon sebagai Tapak Wari­san Dunia - Abang Jo


Tarikh kemaskini: 25/05/2019





KUCHING, 25 Mei (Bernama) -- Beberapa kawasan di Bandar Raya Kuching akan dimohon untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pen­didikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pihaknya dan Dewan Bandaraya Kuching Utara sedang mengenal pasti kawasan atau tapak bersejarah di Kuching, untuk disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Kita akan menaik taraf Ordinan Warisan Budaya Sarawak. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, (Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) sedang usahakannya.

“Ada kemungkinan kita akan bentangkan undang-undang baharu, berkenaan warisan pada Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Sarawak yang akan datang, dan undang-undang harus dibuat pindaan dahulu” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Gawai Raya yang terletak di Lebuh India di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata untuk merealisasikan impian tersebut, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, dan pakar-pakar dalam negeri akan membuat kajian mengenainya.

“Di Pulau Pinang, mereka boleh istiharkan di beberapa jalan kerana mereka telah memenuhi syarat yang ditetapkan UNESCO,” katanya.

Sementara itu, kemeriahan sambutan perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri di Bandar Raya ini semakin terasa, dengan pelancaran Bazar Gawai Raya yang terletak di Lebuh India di sini.

Pelbagai keperluan seperti pakaian, kuih muih dan barang perhiasan boleh didapati di bazar berkenaan tambahan pula musim cuti persekolahan akan bermula, sekali gus memudahkan orang awam untuk membeli-belah sebelum balik ke kampung untuk beraya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel