Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

54 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Kota Kinabalu


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





KOTA KINABALU, 26 Mei (Bernama) -- Polis menahan 54 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah dalam operasi di sekitar bandar raya ini termasuk Likas, Inanam dan Tanjung Aru dalam tempoh seminggu bermula 18 Mei hingga Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua suspek ditahan berumur 14 hingga 64 tahun itu turut melibatkan 16 warga asing, dan mereka ditahan dalam operasi dijalankan di Kampung Cenderamata Dua di Likas; Lorong Keleto di Inanam; dan Kampung Tanjung Aru.

Katanya, seorang individu ditahan atas kesalahan membekal dan pengedaran dadah, manakala sembilan individu ditangkap atas kesalahan memiliki dadah, dan 44 individu lain ditahan didapati positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan.

“Sepanjang operasi itu, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 9.25 gram dianggarkan bernilai RM1,387.50,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Polis Kota Kinabalu akan terus memperhebatkan usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di bandar raya ini dan kawasan sekitarnya bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel