Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





KLANG, 26 Mei (Bernama) -- Dua kapal dari negara matahari terbit, Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF) JS Izumo (DDH-183) dan JS Murasame (DD-101) berlabuh di Pelabuhan Klang di sini dalam rangka lawatan empat harinya ke negara ini.

Ketibaan kapal berkenaan yang diketuai oleh Laksamana Muda Hiroshi Egawa di Terminal Boustead Cruise Centre, Pulau Indah di sini disambut Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Khairul Anuar Yahya.

JS Izumo seberat 19,980 tan dan sepanjang 248 meter merupakan kapal terbesar milik JMSDF manakala JS Murasame pula seberat 4,550 tan dan sepanjang 151 meter.

Kedua-dua kapal berkenaan dikendalikan kira-kira 600 anak kapal dan pegawai.

Dalam rangka lawatan berkenaan JMSDF bakal mengadakan beberapa pertemuan dengan pegawai tertinggi  TLDM bagi memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sementara itu dalam sidang akhbar, Khairul Anuar berkata kehadiran buat pertama kalinya kedua-dua kapal itu di negara ini diharap dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama antara Jepun dan Malaysia terutamanya dalam hal keselamatan maritim.

Dalam sidang media yang sama, Egawa berkata Jepun berminat untuk meningkatkan kerjasama antara negara Indo Pasifik mengenai keselamatan, pencegahan jenayah dan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

“Dalam beberapa tahun ini, kami melihat banyak bencana di rantau ini dan kami (Jepun) mempunyai banyak pengalaman dalam HADR dan ingin berkongsi (dengan negara lain),” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel