Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua bot nelayan tempatan guna kru warga asing ditahan


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





GEORGE TOWN, 26 Mei (Bernama) -- Dua bot nelayan tempatan Kelas A ditahan di kedudukan 1.0 dan 1.4 batu nautika dari Timur Laut Tanjung Bungah, dekat sini semalam kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan kru warga asing.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata bot peronda pihaknya yang membuat rondaan di perairan itu, menahan dua bot berkenaan pada 5.15 dan 5.30 petang kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua tekong dan seorang kru yang kesemuanya warga tempatan berusia 35 hingga 48 tahun dalam kedua-dua bot nelayan tersebut.

Dua warga Thailand berusia 28 dan 30 tahun itu ditemui dalam kedua-dua bot itu bekerja sebagai kru. Kami menahan mereka untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menyita dua bot, empat unit pukat hanyut dan hasil udang kira-kira 15 kilogram untuk siasatan lanjut.

Hamizan mengingatkan semua pengusaha bot nelayan tempatan agar mematuhi segala peraturan lesen vesel yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang jika mereka gagal mematuhinya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel