Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis jumpa sangkar monyet ditembak di sungai


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





LUMUT, 26 Mei (Bernama) -- Polis menemukan semula sangkar seekor monyet yang ditembak mati seorang remaja di Sitiawan dekat sini, minggu lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata sangkar tersebut ditemukan di dalam sungai berhampiran lokasi kejadian beberapa hari lepas hasil bantuan pihak marin, namun sehingga kini bangkai haiwan itu belum dijumpai.

“Sangkar itu merupakan satu perangkap monyet. Monyet yang ditembak adalah seekor monyet liar terjerat masuk perangkap. 

“Boleh dikatakan motif kejadian adalah untuk menghapus monyet liar tersebut, namun suspek menggunakan pendekatan yang salah dalam tindakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Video berdurasi 19 saat yang tular menunjukkan seorang lelaki menembak mati seekor monyet yang dilaporkan berlaku pada 18 Mei gara-gara tidak memanggilnya ‘Baby sayang’.

Susulan kejadian itu, polis menahan remaja lelaki itu yang berusia 18 tahun bersama bapanya yang berumur 54 tahun di rumah mereka di Taman Kenangan, Sitiawan pada 9.20 malam, Rabu lalu. 

Dua beranak tersebut direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan tempoh reman mereka berakhir hari ini.

Razaruddin berkata siasatan yang dijalankan hampir lengkap namun kertas siasatan perlu dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. 

"Dua beranak berkenaan akan diberi jaminan polis hari ini sehingga mendapat arahan daripada timbalan pendakwa raya," katanya.

--  BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel