WrCFbIo3_v4 Dr Mahathir tinjau Bazar Ramadan Stadium Darul Aman
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir tinjau Bazar Ramadan Stadium Darul Aman


Tarikh kemaskini: 26/05/2019





ALOR SETAR, 26 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau dan membeli juadah di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang memandu sendiri kereta tiba di bazar berkenaan pada 5.55 petang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir juga meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di bazar tersebut selain orang ramai turut mengambil peluang bergambar dengan perdana menteri.

Antara juadah yang menjadi pilihan Dr Mahathir ialah dadih, roti jala dan cucur udang.

Dr Mahathir juga kelihatan tertarik dengan keunikan nasi ayam hijau kuning yang dijual di bazar itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel