Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

EPIC taja 135 pelajar masrasah


Tarikh kemaskini: 26/05/2019




KUALA NERUS, 26 Mei (Bernama) -- Kegembiraan jelas terpancar di wajah 135 pelajar dari Madrasah Tarbiyah Islamiyah Darul Hijrah, Chendering apabila mereka dibawa ke sebuah pusat pakaian untuk membeli kelengkapan raya yang ditaja oleh Eastern Pasific Industrial Corporation (EPIC) Berhad.

Bagi Amru Mukmin Mohamad , 15, dia berasa sangat teruja kerana tidak pernah merasa memakai pakaian mahal berikutan latar belakang keluarganya yang miskin. 

Beliau berkata bapanya, Mohamad Hamdan telah meninggal dunia lima tahun lalu dan sejak itu,  ibunya Roziah Yusof, 43, telah mengambil upah membuat kuih bagi menyaranya serta adik lelaki berusia 10 tahun.

"Alhamdulillah kerana Allah telah memberi rezeki baju raya untuk kami tahun ini dan saya mewakili rakan-rakan lain ingin ucapkan terima kasih kepada EPIC atas sumbangan. 

"Sebelum ini pakaian raya pihak madrasah yang belikan dan sudah pastilah ia lebih sederhana kerana kami perlu berjimat cermat," katanya ketika ditemui di Pusat Pakaian Jakel, Gong Badak, di sini, hari ini.

Seorang lagi penerima, Mohd Khalif Adam, 10, yang juga anak yatim berasal dari Kelantan berkata, dia sangat teruja kerana dapat memilih sendiri pakaian raya yang cantik dan mahal.

Dia berkata, bapanya telah meninggal dunia pada tahun lalu dan ibunya pula tidak bekerja kerana masalah kesihatan, menyebabkan kehidupan mereka empat beradik amat susah.

"Saya baru sahaja dihantar ibu ke madrasah tahun ini kerana emak tak bekerja dan tidak ada duit yang cukup untuk menanggung kami.

"Saya sangat gembira kerana dapat memakai baju baru pada tahun ini dan boleh pilih sendiri warnanya," katanya yang memilih persalinan baju Melayu biru.

Sementara itu, Pengurus Besar Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas EPIC Berhad, Abdul Adzim Abdul Hamid berkata syarikatnya telah memperuntukkan sebanyak RM40,500 untuk menyantuni pelajar madrasah tahun ini di bawah Program Jalinan Kasih EPIC.

 

Menurut beliau, selain membeli kelengkapan raya, pelajar juga di bawa ke hotel untuk merasai pengalaman berbuka puasa di tempat yang lebih selesa berserta hidangan lazat.

"Setiap tahun kita anjurkan program jalinan kasih ini dan ia adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) bagi menjadikan Aidilfitri lebih bermakna buat mereka (penerima).

"Selain kelengkapan raya dan berbuka puasa di hotel, anak-anak ini juga dihadiahkan dengan duit raya serta hamper yang mengandungi pelbagai jenis biskut serta kuih," katanya.

   — BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel