ZLkZ2QK99nI Polis rampas 1.57 tan daun ketum, pistol
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 1.57 tan daun ketum, pistol


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





TANAH MERAH, 27 Mei (Bernama) -- Polis merampas daun ketum seberat 1.57 tan bernilai RM26,280 dan merampas sepucuk pistol jenis Colt  dalam dua serbuan berasingan di Jeli dan Pasir Mas semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hassanuddin Hassan berkata rampasan ketum terbabit dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jeli di Kampung Baru Jalan Malaysia, Jeli pada pukul 6 petang semalam.

"Rampasan tersebut dilakukan selepas anggota kami menahan sebuah lori bonded jenis Hicom yang dinaiki oleh dua suspek berumur 20 dan 35 tahun yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan, anggota kami menemui satu botol lutsinar berisi cecair keperangan dipercayai air ketum dan pemerikasaan lanjut dibahagian belakang kenderaan itu anggota kami menjumpai 8,650 kilogram ketum yang diletakan didalam 173 bungkusan plastik hitam," katanya pada sidang media di IPD Tanah Merah, di sini, hari ini.

Hassanudin berkata bekalan daun ketum terbabit diperolehi dari Daerah Sik, Kedah untuk dipasarkan ke Daerah Pasir Mas.

"Semakan rekod lampau suspek berumur 35 mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah manakala hasil ujian air kencing kedua-dua suspek negatif dadah.

"Permohonan reman keatas dua suspek terbabit sedang dibuat hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Beliau berkata rampasan sepucuk pistol pula dilakukan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang apabila menahan suspek lelaki berusia 29 tahun di sebuah premis kedai pada pukul 8 malam tadi.

"Rampasan itu dilakukan selepas anggota kami melakukan pemerhatian terhadap premis kedai terbabit selepas mendapat maklumat awam.

Pistol terbabit temui dibadan suspek yang diselit di bahagian pinggang, selain menemui tiga bilah parang dan satu baju hujan menyerupai hak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di premis terbabit," katanya.

Katanya hasil ujian air kencing terhadap suspek yang bekerja sebagai buruh itu positif dadah jenis amphetamine dan mempunyai lima rekod lampau.

"Suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan  di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta  Senjata 1960 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel