Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penghulu, pegawai halaqat dan penyelaras armalah DUN di Kelantan dapat elaun khas RM250


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





KOTA BHARU, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memberi elaun khas hari raya berjumlah RM250 kepada setiap penghulu, pegawai halaqat dan penyelaras pembangunan armalah Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan hari ini berkata bantuan sama juga akan diberikan kepada penyelaras pembangunan orang kurang upaya (OKU), penyelaras ICT DUN negeri serta guru al-Quran dan fardu ain.

“Bayaran elaun itu akan disalurkan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Ia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bersetuju untuk memberikan elaun (bantuan hari raya) berjumlah RM250 kepada semua jawatan tersebut," katanya.

Bagaimanapun tidak dinyatakan berapa ramai penerima elaun khas tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel