Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

80 peratus kebakaran di Sabah berpunca daripada elektrik - Bomba


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KENINGAU, 29 Mei (Bernama) -- Sebanyak 80 peratus kebakaran berlaku di negeri ini berpunca daripada elektrik, disebabkan pengguna melakukan penyambungan dan penggunaan peralatan yang tidak mematuhi piawaian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pada musim perayaan selalunya ada pengguna memerlukan tenaga elektrik yang lebih, dan akan melakukan penyambungan yang tidak sepatutnya, yang boleh menyumbang risiko kebakaran.

Katanya lazimnya kebakaran berlaku yang berpunca daripada peralatan disebabkan mereka (pengguna), mengubah bahagian-bahagian tertentu seperti fius, yang tidak mampu menampung pintasan elektrik.

“Contoh lain ialah jika standard peralatan elektrik yang diguna pakai itu tidak sama dengan peralatan di negara ini, ia juga menyumbang risiko kebakaran disebabkan aliran elektrik yang kita gunakan itu mungkin lebih tinggi," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Hari Anggota Bomba Zon Keningau, dan penyerahan bantuan sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin di sini, semalam.

Beliau berkata peralatan elektrik dari luar negara yang dijual berleluasa di negeri ini sangat berisiko.

Justeru, katanya, masyarakat perlu bijak supaya tidak menggunakan peralatan yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Kamarulzaman berkata statistik kebakaran pada musim perayaan kebanyakannya berpunca daripada api dapur.

Beliau menasihatkan kaum ibu supaya lebih berhati-hati dengan menumpukan kerja yang sedang dilakukan dengan mengelak sama sekali melakukan beberapa aktiviti di dapur dalam satu masa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel