Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Balai bomba Sook akan mula beroperasi pada Jun ini - Kamarulzaman


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KENINGAU, 29 Mei (Bernama) -- Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kecil Sook akan mula beroperasi selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri, iaitu selewat-lewatnya penghujung bulan Jun 2019, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah.

Menurut beliau kerja-kerja persiapan bagi penyerahan bangunan itu daripada kontraktor kini diperingkat akhir.

Katanya seramai 33 anggota yang telah melalui pelbagai latihan ditempatkan di balai itu untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

“Kita sudah membuat persiapan untuk beroperasi di balai bomba dan penyelamat Sook termasuklah anggota yang akan ditempatkan di balai tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Menyambut Hari Anggota Bomba Peringkat Zon Keningau dan Penyerahan Bantuan Sumbangan Kepada Anak Yatim, Fakir Miskin serta Orang Kelainan Upaya di sini, semalam.

Majlis dianjurkan bersama dengan Bank Islam Cawangan Keningau itu menyaksikan seramai 23 pelajar Tafiz dari Pusat Anak Yatim dan Fakir Miskin dari  Al-Ain Keningau menerima sumbangan makanan dan duit raya.

Bangunan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sook yang dibina pada 21 Dis 2016 dan merupakan balai bomba yang ke-24 di negeri ini.

Daerah Kecil Sook mempunyai keluasan 82,151 hektar persegi dengan kepadatan penduduk seramai 44,000 orang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel