KtbZzoWZgxI Seni kraftangan sempena sambutan Tadau Kaamatan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seni kraftangan sempena sambutan Tadau Kaamatan


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) -- Kehangatan sambutan Tadau Kaamatan semakin terasa apabila beberapa rumah tradisional sukukaum di Sabah mula dihiasi dengan usahawan kraftangan kampung yang mengambil peluang menjual hasil kraftangan mereka sempena Sambutan Kaamatan pada 30 hingga 31 Mei ini.

Seorang penjual kraftangan dari Kampung Kemabung Tenom Joyce Ondolok berkata dia mula menjual sejak 28 Mei menjual dan mempromosikan kraftangan sukukaum Murut Tenom seperti manik,anyaman dan pakaian tradisi suku kaum Murut.

Sementara itu seorang lagi penjual kraftangan dari Kota Marudu Rogayah Timbuong,53, berkata setiap bulan Mei dia tidak melepaskan peluang menjual di rumah tradisional sukukaum Rungus.Antara yang dia jual manik Rungus dan anyaman.

Setiap bulan Mei Pusat Kebudayaan Persatuan KadazanDusun Sabah (KDCA) menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri.

--- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel