Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gibraltar BSN, Boost Malaysia bekerjasama mudahkan bayaran premium insurans


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Gibraltar BSN Life Bhd (Gibraltar BSN) dan Boost Malaysia memeterai kerjasama strategik yang akan membolehkan pelanggan membuat bayaran premium insurans daripada e-dompet Boost mereka dan mendapat pulangan tunai dalam bentuk Shake Reward.

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata kerjasama tersebut akan dipertingkatkan lagi berikutan kedua-dua syarikat terus meninjau peluang untuk menyediakan insurans hayat yang mudah, relevan dan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia di e-dompet mudah alih Boost. 

Katanya untuk membayar premium Gibraltar BSN daripada aplikasi Boost, pengguna perlu melakukan langkah satu kali dengan menambah nombor polisi mereka daripada bil dan ‘payment tile’ dalam ‘Do More page of the Boost app’.

“Kemudian, pengguna hanya perlu memilih polisi Gibraltar BSN mereka, masukkan jumlah bayaran dan meluluskan bayaran sama ada melalui nombor PIN atau biometrik (cap jari untuk Android, Face ID untuk iOS),” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Rangam Bir berkata kerjasama dengan Boost merupakan sebahagian daripada usahanya di bawah strategi transformasi digital untuk memanfaatkan peluang yang akan meningkatkan proses dalaman dan pengalaman pelanggan.

“Kami sentiasa mencari kerjasama yang saling memberi manfaat untuk meningkatkan cadangan nilai pelanggan kami dan membantu meningkatkan penembusan insurans di negara ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital Services Sdn Bhd (syarikat induk Boost) Mohd Khairil Abdullah berkata kerjasama itu akan memberi nilai tambah kepada pelanggan Gibraltar BSN yang juga pengguna Boost dan memacu agenda tanpa tunai sejajar dengan hala tuju kerajaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel