Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga wanita maut dalam kemalangan di Jalan Pesisir Bintulu-Miri


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





BINTULU, 29 Mei (Bernama)  -- Tiga wanita maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori trailer dan sebuah kenderaan Fortuner di Jalan Pesisir Bintulu-Miri dekat sini hari ini.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Azman Johari berkata ketiga-tiga  mangsa yang dikenal pasti sebagai Gensa Unggau, 36, Nuai Bakar, 23, dan Lengidi Koling, 57, maut di tempat kejadian yang berlaku pada 1.45 tengah hari itu.

“Setibanya Pasukan Bomba di tempat kejadian, didapati  terdapat 10 mangsa yang terlibat menaiki kenderaan Fortuner tersebut, iaitu dua kanak-kanak dan lapan dewasa.

 “Kesemua mangsa  telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan kesemua tujuh mangsa yang cedera  dihantar ke hospital Bintulu,” katanya melalui Pusat Gerakan Operasi Sarawak.

Beliau berkata EMRS Bomba turut menghantar seorang mangsa ke hospital Bintulu manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel