Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warisan Sabah serah sumbangan Ramadan kepada lebih 500 asnaf, OKU


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) -- Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menyerahkan sumbangan Ramadan kepada lebih 500 golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU) sekitar bandaraya ini dan kawasan sekitarnya termasuk Tuaran, Sepanggar, Putatan dan Papar.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan sumbangan itu berbentuk barang keperluan dapur dan duit raya pada Majlis Iftar Jama’i anjuran tiga sayap parti Warisan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman selaku Ketua Wira Warisan, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraisah Munirah Majilis yang juga Ketua Wirawati Warisan dan Ketua Wanita Warisan Siti Aminah Jabarkhan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Aidi Moktar.

Ketika berucap, Yusof berkata, anggota dan kepimpinan Warisan perlu sentiasa rasional dan bertoleransi dalam membuat sebarang keputusan.

“Kepimpinan kita (Warisan) sekarang mendapat perhatian. Kita sedang merancang dan menyusun banyak agenda untuk dilaksanakan. Kerjasama antara pemimpin dan anggota Warisan amat diperlukan bagi memastikan kesemua agenda berkenaan berjaya dilaksanakan, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel