Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu City FC diarah selesai tunggakan gaji pemain melebihi RM400,000


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan juara Liga FAM 2018, Terengganu City FC untuk menyelesaikan tunggakan gaji sebanyak RM411,900 melibatkan 21 bekas pemainnya.

Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd Joehari Ayub dalam satu kenyataan memaklumkan kelab berkenaan perlu membayar tunggakan gaji tersebut yang tertakluk kepada potongan wajib pendapatan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan berkenaan.

Mohd Joehari berkata, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) pula diarahkan untuk membayar pampasan kontrak dan tiket penerbangan kepada tiga bekas pemain import mereka iaitu Frederico Bello Saraiva US$29,903 (RM125,429), Paulo Henrique Santos De Azevedo sebanyak US$29,779 (RM124,91) dan Leonardo Moreira De Carvalho sebanyak US$26,779 (RM112,327).

Beliau turut mendedahkan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) diarahkan untuk membayar tunggakan yuran agensi sebanyak RM270,000 kepada seorang pegawai agensi, Vladir Souza Junior Adolfo.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pula perlu menjelaskan tunggakan gaji (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) kepada tiga bekas pemainnya, Norhafiz Zamani Misbah sebanyak RM87,500, Zairul Fitree Ishak (RM52,500) dan Mohd Daudsu Jamaluddin sebanyak RM33,000.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) pula diarahkan untuk menjelaskan tunggakan gaji kepada Darwira Sazan sebanyak RM20,000 dan Muhammad Zulkhairi Zulkeply (RM18,000), manakala kelab Marcerra United FC perlu membayar tunggakan gaji sebanyak RM28,000 kepada bekas pemainnya, Mohd Mursyidin Maudoode.

Mohd Joehari memaklumkan Felda United diarahkan melunaskan tunggakan baki bayaran gaji (signing fees) dan elaun perumahan yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada bekas pengendali pasukan berkenaan, B. Sathiananthan.

Kesemua keputusan berkenaan, jelas Mohd Joehari, dicapai  pada mesyuarat Jawatankuasa Status FAM kali ke-11 bagi penggal 2017-2021 pada 23 Mei lepas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel