Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat cedera dalam kemalangan libatkan 13 kenderaan


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





NILAI, 29 Mei (Bernama) -- Seramai empat orang dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan 13 kenderaan termasuk sebuah treler di Jalan Batang Benar di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu, dipercayai berpunca apabila treler yang datang dari arah Pajam menuju ke Nilai itu, hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan. 

“Berikutan itu, treler tersebut telah merempuh sebuah Proton Waja, Perodua Kancil, Myvi, Honda City, Toyota Alphard, Proton Exora, Nissan Almera, Proton Wira, lori Nissan, Proton Wira, Proton Saga dan sebuah motosikal Modenas yang pada ketika itu bergerak di laluan bertentangan dari arah Nilai ke Pajam. 

“Kemalangan itu menyebabkan seramai empat pemandu cedera iaitu pemandu treler mengalami luka di tangan kanan, pemandu Perodua Kancil patah kaki kanan, pemandu Proton Exora luka di tangan kanan dan pemandu lori Nissan mengalami luka tangan kanan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Beliau berkata ujian saringan air kencing akan dilakukan ke atas pemandu treler tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Marzukee turut menjelaskan tiada kenderaan dilaporkan terbakar dalam kejadian itu. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel