Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keuntungan bersih Ekovest melonjak kepada RM29.4 juta


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Ekovest Bhd melonjak 71.7 peratus kepada RM29.4 juta dalam suku ketiga berakhir 31 Mac 2019 daripada RM17.12 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Hasil meningkat 51.3 peratus kepada RM330.6 juta daripada RM218.5 juta, disebabkan sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi-operasi pembinaan. 

Syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan segmen pembinaan mencatatkan perolehan tertinggi sebanyak RM258.5 juta daripada kontrak yang dilaksanakan bagi projek Fasa Ketiga Duke dan “River of Lifes”.

Sementara itu, perolehan operasi tol menokok kepada RM43.8 juta disebabkan oleh peningkatan jumlah trafik.

Bagaimanapun, hasil segmen pembangunan hartanah menyusut kepada RM17.7 juta disebabkan penelitian akhir ke atas kerja-kerja yang dijalankan bagi pusat membeli belah EkoCheras, di mana kos terbabit telah dipermodalkan sebagai pelaburan hartanah.

Untuk tempoh sembilan bulan pertama, keuntungan bersih bertambah kepada RM117.2 juta daripada RM109.1 juta selepas disokong oleh hasil yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM996.7 juta.

Kumpulan menjangkakan pembinaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai, pakej River of Life, hasil tol dan pengiktirafan jualan yang belum dibilkan daripada pembangunan hartanah akan terus menyumbang secara positif kepada keuntungan syarikat dalam tahun kewangan semasa.

Ekovest juga sedang bekerjasama dengan rakan kongsi di Sabah dan Sarawak untuk memasuki tender bagi projek-projek pembinaan kerajaan.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel