xWRbgrMm3sc Tiga bersaudara hilang dikhuatiri lemas
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga bersaudara hilang dikhuatiri lemas


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





SIBU, 29 Mei (Bernama) -- Sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri dua keluarga di sini suram apabila tiga kanak-kanak bersaudara hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi-manda di Sungai Nanga Tutus dekat sini hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kanak-kanak lelaki Trance Gong, 14 dan adik perempuannya Trisha Janggok, 12 serta sepupu mereka Nurul Sahiera Salam, 14 dari Rumah Augustine Meringgai Anak Jana telah pergi ke jeti untuk membasuh pakaian dengan bapa saudara mereka.

“Menurut bapa saudara mangsa, ketiga-tiga mereka terjun ke dalam sungai untuk mandi manda sebelum naik semula ke jeti. Selepas terjun untuk kali kedua, ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan lagi,” katanya.

Panggilan mengenai kejadian itu telah diterima pada jam 4.10 petang dan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah telah digerakan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Bagaimanapun, operasi tidak dapat dijalankan kerana pasukan itu tiba di lokasi pada 6.20 petang di mana cuaca sudah gelap dan aliran air sungai pun deras.

Beliau berkata, operasi SAR akan diadakan pada esok pagi.

 

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel