Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti pada 1 Syawal


Tarikh kemaskini: 30/05/2019




SEREMBAN, 30 Mei (Bernama) -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama.

Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mohd Faizal Abdul Manap berkata majlis itu akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 petang.

"Tuanku Muhriz dijadual berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat pada pagi itu, dan kemudian berangkat ke Istana Besar Seri Menanti untuk majlis Istana Terbuka. Kita jangka 5,000 orang akan hadir pada majlis tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata majlis itu yang diadakan setiap tahun memberi peluang kepada rakyat jelata berhari raya bersama baginda.

Katanya seluruh rakyat dijemput hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan pada majlis tersebut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel