Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

24 lokasi kerap kemalangan di Pahang


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KUANTAN, 30 Mei (Bernama) -- Polis Pahang akan memberi tumpuan kepada 24 lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini, yang akan diberi tumpuan khusus sepanjang pelaksanaan Op Selamat 2019.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kawasan itu masing-masing tiga di Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh dan Lipis.

Manakala di Pekan, Jerantut, Bera dan Bentong, polis mengenal pasti dua lokasi kerap berlaku kemalangan, selain satu lokasi di Raub, katanya. 

"Kita akan mempertingkatkan rondaan di kawasan yang dikenal pasti ini supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati apabila menyedari kehadiran anggota keselamatan. 

"Selain itu, anggota keselamatan juga akan ditempatkan di beberapa lokasi sesuai bagi memastikan kelancaran aliran trafik, terutamanya pada waktu puncak orang ramai dijangka pulang ke kampung," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Kamarulzaman berkata untuk tahun ini, lebih 400 anggota polis trafik akan bertugas, dan berharap kehadiran mereka dapat mengurangkan jumlah kesalahan jalan raya. 

Beliau berkata pada Op Selamat tahun lalu, sebanyak 1,045 kemalangan direkodkan dengan 22 daripada ialah kemalangan maut yang melibatkan 23 kematian, selain sembilan parah. 

Untuk tempoh yang sama, polis juga mengeluarkan 20,705 saman atas pelbagai kesalahan terutamanya yang melibatkan kesalahan pandu laju, meningkat daripada 19,498 saman yang dikeluarkan pada tahun 2017. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel