Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenchara Soup Kitchen galak orang ramai jadi sukarelawan


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





Oleh Zaphne Philip

KUCHING, 30 Mei (Bernama) -- Kenchara Soup Kitchen (KSK), komuniti sukarelawan yang mengedarkan makanan kepada golongan miskin atau yang tiada tempat tinggal di sekitar bandar raya seluruh Malaysia, menggalakkan lebih ramai individu tampil menjadi sukarelawan dan bersama-sama melakukan kerja amal.

Sukarelawan KSK Kuching, Adilah Ismail berkata ketika ini kumpulan mereka masih kekurangan sukarelawan untuk turun padang bagi bersama-sama mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan di bandar raya Kuching.

“Kumpulan kami akan turun padang pada setiap malam Rabu dan berkumpul di pasar raya yang menyertai program Bank Makanan.

“Biasanya kami akan berkumpul pada pukul 10.30 malam selepas pasar raya itu tutup bagi mengambil lebihan makanan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Adilah berkata lebihan makanan yang diambil biasanya masih elok dan selamat untuk dimakan bagi mengelakkan makanan tersebut dibazirkan atau dibuang begitu sahaja.

“Setiap makanan yang diterimakan akan direkodkan jumlahnya, kemudian dibungkus oleh para sukarelawan yang hadir sebelum makanan itu diagihkan kepada golongan gelandangan dan yang memerlukan,” katanya.

Sejak program Bank Makanan dilancarkan di Kuching pada Januari lepas, hanya pasar  raya Aeon yang menyertai usaha tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata beliau mahu lebih banyak pasar raya di Malaysia  menyertai program Bank Makanan tersebut.

Inisiatif itu merupakan usaha kementerian untuk membantu golongan yang memerlukan di mana penerimanya terdiri daripada golongan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM930 sebulan.

Individu yang berminat untuk menyertai kumpulan sukarelawan Kenchara Soup Kitchen Kuching boleh menghubungi Adilah di talian 013- 830 2712.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel