Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

30 Julai cuti umum di Pahang


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KUANTAN, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan di sini berkata ketetapan itu dibuat, berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Subseksyen 9 (1). 

"Pekeliling mengenainya sedang diedarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dan saya berharap semua pihak akan mengambil maklum dan akur dengan ketetapan ini," katanya. 

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Jan lalu, mengambil alih tampuk pemerintahan daripada ayahanda baginda yang gering. 

Baginda kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara, pada 31 Jan lalu. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel